Sahabat..

Sunday, 8 May 2011

Simptom-simptom gangguan makhluk halus

Pelbagai masalah serta penyakit boleh diubati (dengan izin Allah). Secara ringkas, ini boleh membantu untuk mengubati masalah yang lazim berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia iaitu :



Simptom yang mungkin berlaku :
 Histeria.
 Merasuk (tidak sedarkan diri) semasa di hutan atau di tempat-tempat tertentu.
 Rasa rendah diri, murung, tiada keyakinan
 Ketakutan, trauma
 Tidak dapat menumpukan pada kerja yang dilakukan.
 Diganggu semasa beribadah.
  Terdengar bisikan.



baca lagi..


Masalah Lazim 2 : Sihir. Penerangan : Berbeza dengan gangguan jin, Sihir adalah jin atau ilmu yang dilakukan oleh Tukang Sihir untuk merasuk atau masuk ke dalam diri seseorang atau rumahtangga. Biasanya ia berpunca dari sifat hasad dengki, membalas dendam dan sebagainya.
sihirSimptom yang mungkin berlaku :
  Lebam pada badan.
  Kesan gigitan pada badan.
  Tidak boleh bangun untuk bekerja dan melakukan aktiviti harian.
  Rasa rendah diri dan tiada keyakinan diri.
  Premis perniagaan tiba-tiba tidak mendapat pelanggan.
  Ternampak bayangan objek di dalam rumah.
  Diganggu semasa beribadah.
  Hubungan didalam keluarga menjadi dingin dan hambar.
  Terkena pelbagai penyakit kronik seperti kanser dan lain-lain.


Masalah Lazim 3 : Saka. Penerangan : Warisan atau tinggalan keturunan daripada anggota keluarga terdahulu yang meninggal dunia ataupun sudah diberitahu awal untuk ia (Jin) pergi kepada seseorang setelah tuannya meninggal dunia. Juga boleh terjadi apabila seseorang telah disihir atau terkena gangguan jin lalu meninggal dunia, maka jin tersebut berpindah kepada anak atau cucu mangsa pula (keturunan.)
Simptom yang mungkin berlaku :saka
  Simptom-simptom yang mungkin berlaku:
  Mimpi ular, harimau, buaya dan lain-lain.
  Histeria.
  Teringat akan sesorang yang sudah meninggal dunia.
  Ketakutan.
  Terdengar bisikan arahan untuk membuat sesuatu.
  dan pelbagai masalah lain seumpamanya.

Selain itu, Perubatan Islam juga terbukti ( dengan izin Allah Ta'ala) dapat menyembuhkan dan mencegah penyakit lain seperti:
  Santau
  Susuk
  Pukau
  Anak-anak yang degil dan tidak mendengar arahan
  Perniagaan/premis yang disihir.
  Perbalahan suami-isteri
  Pendarahan yang berterusan ( istihadhah)
  Anak-anak menangis diwaktu malam
  dan segala masalah kejiwaan dan konflik rohani serta fizikal...






No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...