Sahabat..

Sunday, 10 July 2011

Corat-Coret tunas wira 2011 UPNM

Assalamualaikum.w.b.t...

Rasa-rasanya sudah lama tak dapat buat entri untuk menghidupkan kembali blog ni...huhu
Alhamdulillah,,saya masih lagi diberi ruang dan kesempatan untuk berkongsi sedikit pengalaman berkenaan Tunas Wira 2011..

Minggu pertama.
Minggu pendaftaran dan minggu pendokumentasian. Minggu pertama ini, saya masih lagi seperti rusa masuk kampung. Maklumlah baru sahaja menjejakkan kaki di tempat orang lah katakan. Prosedur  pendokumentasian yang agak meletihkan. Disinilah bermulanya transformasi daripada orang awam kepada seorang anggota tentera bermula.Pengenalan kepada asas-asas ketenteraan dimana penggunaan IC kepada Bat C 10 untuk semua anggota tentera.

Minggu kedua.
Ramai orang yang mengatakan UPNM adalah satu-satunya universiti yang memberikan 'gaji' kepada pelajar2nya.:) Latihan PT(physical training) merupakan salah satu daripada aktiviti pemanasan badan bagi semua anggota tentera. Manakan tidak, semua latihan PT bertujuan untuk menguatkan lagi daya tahan fizikal badan peagawai kadet upnm.

Minggu ketiga.
Eksesais Harimau Jempol di kem Kongkoi, Jelebu negeri sembilan. Disini semua BPK didedahkan dengan menadaptasikan diri sebagai anggota tentera yang lasak dari segi fizikal dan mental.'Camping' selama empat hari di kem sangat lah memenatkan dan benar2 telah menguji kami sebagai anggota tentera. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah compass matching, crossing river(dengan menggunakan tali),sesi pengapunagan(menggunakan pelampung buatan sendiri: poncho design) dan berjalan laju tanpa FSMO sejauh 7 Km.

Minggu keempat.
Aktiviti latihan dan perujian kawad kaki dijalankan. Pada sesi latihan tersebut BPK didedahkan dengan pelbagai latihan kawad kaki. Termasuklah 'personnel drill': setiap BPK diuji dengan memberi 'command' kepada skuad sedia ada. Seterusnya, latihan pengendalian senjata Colt M16. Bagaimana cara membuka, memasang,mencuci seterusnya pengendalian senjata dengan pelbagai cara tenanagan.

Minggu kelima.
Acara kemuncak bagi latihan Tunas Wira 2011.Latihan kawad kaki giat dijalankan untuk perbarisan penutup latihan tunas wira. Perbarisan yang dihadiri oleh Naib Cansellor iaitu Leftenan Jeneral Dato; Seri Wira Allatif bin Md Noor juga Komandan Kem, Briged Jeneral Musta' Ahmad BIn Miandad. Usai perbarisan para pegawai kadet dibenarkan balik 'overnight' bersama ibubapa masing2.

Untuk tatapan bersama!


Panorama pangsapuri satria..




pangkat2 yang diguna pakai oleh pegawai kadet upnm dan palapes upnm..

Pemandangan UPNM....
 perpustakaan.
 pavilion upnm.

Pegawai kadet mengikut servis.
(Biru tua:Airforce, Biru muda: Navy, Hijau: Army)

Harap2 dengan sedikit perkongsian ini ukhwah yang dijalin akan tetap utuh bak ombak yang menghempas ke pantai.
Ana ahukum fil Islam.
Mohd adha..

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...