Sahabat..

Friday, 30 December 2011

Ep: kawan? kepada couple?..

Assalamualaikum to all my great readers?
Harap2 semua sihatlah hendaknya..Mula2 sekali marilah merafa'kan kesyukuran kepada sang pencipta kita iaitu Allah S.W.T kerana Dialah yang telah menjalan sesuatu perkara dengan izinNya. Alhamdulillah, even nikmat Dia pun x terkira sangat dah ni.Yok refresh Iman kita wahai saudara atau saudari sekalian. Apa dia nikmat iman yang terbesar? tahu jawapannye? haa..cuba ingat balik? XD..jawapannya,, nikmat Islam dan nikmat Iman..I+I=2I!..
Dua2 nikmat ni kita dah pun dapat sejak kita lahir lagi. Kita membesar dengan cara hidup Islam dengan cara didikan yang sempurna berkenaan syariat Islam. Kita beruntung kerana diberi iman dan kita salah seorang yang Allah takdirkan untuk kita anuti Islam dengan sepenuhnya.

Eheemm!,,Nak cite sikit....Kelab sahabat masjid upnm ade buat satu program baru-baru ni sebelum balik cuti haritu. Bicara soal hati.
saya bukanpun ahli kelab tapi saya beruntung kerana Allah masih sudi untuk menghembuskan roh yang lapar akan makanan rohani.ahaks.;)

Ada satu kisah, dimana seorang lelaki dia sudah banyak kali berdoa dan dia berasa puas hati kerana dia yakin yang doa dia dimakbulkan. suatu malam si lelaki ni bermimpi. selepas solat mesti diakhiri dengan doa. dia pun doa macam biasa. tiba-tiba seorang lelaki tua berjubah putih dan berjanggut datang menghampiri dia. lelak tua tu berkata, 'kau berdoa hanya dengan mulut sahaja! tidak menggunakan hati!'..Masa tu lelaki tadi perasan tiada seseiapa di hadapan dia. Dia terus berdoa.usai berdoa lelaki tua tadi muncul kembali. kali ini betul-betul dihadapan dia. Lelaki tua itu berkata lagi, 'wahai, jasadku berdoalah kau dengan melalui aku.'
Lelaki tadi semakin bingung. berdoa melalui dia?. Dia bukan tuhan? buat ape aku nak berdoa melalui dia. Dalam kebingungan, Lelaki tua itu menjawab segala keraguan yang ada di dalam benak fikiran pemuda tadi. Lelaki tua itu menjawab, ya aku adalah hati kau, selama ni kau memang suka berdoa, tetapi kau tidak menggunakan aku untuk berdoa, lihat lah badan aku ini, kulit yang tegang sudah menjadi berkedut, malahan di tambah dengan janggut yang putih. Pemuda tadi memegang janggut lelaki tua itu, 'wajah kau sama seperti aku'
lelaki tua itu tersenyum, ya betul, aku adalah kau dan kau adalah aku!. tiba-tiba sahaja lelaki itu terus hilang dari pandangan.. Pemuda tersebut bangun lalu beristghfar banyak kali dan menginsafi akan perbuatannya selama ini...

aha,,persahabatan yang dijalin kerana Allah atau dipanggil 'BFF' itu singkatan masa kini la. Tapi kan lagi bagus kalau ditambah lagi dengan letter J kat dalam abbre tu..so,akan jadi 'Best Friends Forever till Jannah!'..Whoaa,,macam dalam video kt bawah ni nanti. Tapi,,ade ke Couple till jannah?.ehh,,ada,,jangan risau,,Allah tu Maha segalanya, cakap je kita nak ape..mesti dapat..ha, tapi bersyarat la..kena taat dan patuh perintah Dia..ingat tu semua..



Aku:"Rugilah ko tak approach dia. Awek cuns solehah tu kot. Dia pun dah bagi respon baik tu. Lampu hijau terang tang tang dah utk ko. Apesal ko tak manfaatkan peluang baik camni? Jgn tunggu lama-lama nanti dikebas orang."
Member:"Allah..Aku pun mmg ada niat nak nikahi dia. Tapi dengan keadaan aku yg tak ada apa-apa skrg, tak mampu nak bagi nafkah kat dia, aku serahkan bulat-bulat pada Allah utk Dia jaga sepenuhnya diri dan hati dia. Jika dia mmg Allah takdirkan untuk aku, cepat atau lambat dia tetap akan jadi milik aku. Jika aku terima dia skrg, atau mulakan hubungan dengan keadaan aku tak dapat jamin aku boleh nikahi dia dengan cepat, aku rasa aku dah khianati Dia dan dia. Malah, aku mungkin akan cemarkan perjalanan suci hidupnya. Maksud aku, dia mungkin sebenarnya hak orang lain yg Allah dah takdirkan lebih baik utk dia. Aku tak tahu dengan tepat siapa jodoh aku. Kau pun tak tahu. Sikit pun tak.
Biarlah dikebas orang, mungkin orang tu mmg untuk dia pun. Jika dah serah bulat-bulat padu percaya pada Allah, tenang sahajalah. Kenapa nak rasa rugi? Kenapa nak terburu-buru?"





"Lelaki yang boleh jadi calon suami antaranya adalah lelaki yang apabila dia mengimamkan solat, anda rasa tenang menjadi makmumnya. Tenang mendengar alunan bacaan ayat suci al-Quran, tenang mendengar bait2 zikir dan doa selepas solatnya, biarpun lelaki itu nipis rambutnya, tak ensem parasnya, gelap wajahnya, buncit perutnya. ~ syabab musafir kasih ~"








waakhiron..Allah SWT telah meningatkan kita dengan maksud..


Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." Surah An-Nur ayat 30-31.

Wallah'ualam..segala apa yang baik itu datangnya daripada Allah sendiri dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri..
InshaAllah..semoga bertemu dalam lembaran entri yang akan datang..
^^,
Ana Ahukum fil islam..wa anta?..
think about it my brothers and sisters.

3 comments :

Syarfa' Abdul Aziz said...

wak dang!:D.
nak cakap jek,,,semoga dapat jodoh yang baik:)hihi.aminnn

AisYah said...

comel header =p

Unknown said...

haha,,syarfa':inshaAllah mcm tulah hrpnyer,skrg byk sgt dugaan,smpai nk gugur jantung dibuatnyer,,ahaha..tp Alhmdulillah,,sntiasa yg Dia akn slalu ada bile kita perlukn Dia kn?.
Onci:haha..btw thanks sebab buatkn..Aq hargai sgt2!..haha..<)nnt bole la request lagi..huhu..
thanks to all of u guys! BFFtJ.InshaAllah!=D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...