Sahabat..

Sunday, 15 September 2013

Come up with the best solution

Jam berdetik laju mengikut ritma2 mekanisma yg dicipta khas dalam sistem. Suasana yang cukup-cukup dingin disamping derusan angin yang bertiup melalui jendela-jendela yang terbuka luas. Sentuhan angin yang menampar pipi membuatkan aku terus lena dibuai mimpi indah tanpa ku pinta.jam menunujukkan waktu kerap berjalan tanpa henti membuatkan hati dalam hati ini terus alpa dibuai lamunan. Rasa alpa yang wujud, telah menimbulkan rasa yang tidak keruan sama ada aku masih berada di takuk yang lama ataupun baharu. Bertanya dan sering bertanya membuatkan aku terus berdiri untuk mencari jawapan untuk setiap persoalan yang wujud tatkala diri ini perlu dibimbing dan dicerna membentuk keperibadian personaliti yang tinggi. Yaa, memang benar kewujudan seseuatu yang keras itu adalah untuk membentuk dan juga merupakan salah satu metodologi antara berbagai metodologi untuk aku terus berada disini membentuk diri sendiri.
Mengenali diri sendiri dengan lebih dalam..deeply to the core..

Dari awal permulaan aku dididik dengan cara keras mahu menonjolkan siapa diri aku yang sebenar. Kehadiran aku dalam kalangan kalian adalah tanggungjawab dan adakali memberikan satu momentos abadi untuk di dirindui dan dikenang. Adakala aku jatuh tersungkur dek angkara kelemahan dan kekhilafan aku sendiri. Aku terima kekurangan tersebut di samping aku memanjatkan doa pada Rabb agar aku diberikan kekuatan dan ketabahan sepanjang aku berada disini. Ternyata pilihan sang Rabb lebih tepat dan terbaik untuk hambaNya yang mahu berfikir dan mengambil iktibar. Semoga aku berada dalam golongan tersebut dan senantiasa dalam lindungan dan rahmatNya.

"Suatu perkara yang terjadi mesti disusuli dengan hikmah..bersabarlah wahai hati ini..."
"Ya Rabbi Ya bantulah hambaMu"
"Ya Rabbi Ya luruskan hatiku"
"Ya Rabbi Ya ku pinta hidayahMu"
"Meneruskan sisa usiaku"

Penantian sesuatu itu sangat sungguh menyakitkan. Selaput  perit jerih ujian tak akan pernah mundur dikala diri ini maju melangkah ke hadapan. Sesekali undur lantas berpatah balik ke hadapan. Impian dan cita-cita tak akan pernah terpadam dengan sendiri jika ia selalu dibakar dan dipandu mengikut tempo yang sempurna. Aku berdiri di saat lemah atas desakan rakan seperjuangan. Terima kasih tak terhingga wahai rakan-rakan.

Namun,, 

Seseorang yang hadir dalam hidup ini seakan mengheret aku ke alam kedewasan. Mengajar erti membuat keputusan yang sempurna tetapi tak sesempurna keputusan Dia. Jauh disudut hati jelas terdapat tanda khuatir, risau yang amat dalam tentang kehadiran dia. Takut kehadiran tersebut akan berlaku kacau dalam hati sementara hati berusaha menggapai cintaNya. 

Kata-kata seorang yang begitu rapat dengan aku..

"Belajar lah menjadi dewasa, dengan syarat tidak meninggalkan apa yang diperintahkan.
Bicaralah dari hati pasti jatuh ke hati."

cinta dunia, cukup menggusarkan..tapi akan aku cuba membawanya sekali dengan aku..menuju ke Akhirat yang kekal abadi..terima kasih sudi hadir menemani hidup ini..



No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...