Sahabat..

Saturday, 7 May 2011

Sahabat Abadi

 Angin malam yang dingin datang menerjah tubuhku. Sungguh tenang detik itu. Hujan renyai pada waktu itu menambahkan lagi kedinginan malam. Kenangan lalu datang, mengingatkan aku tentang si dia yang aku sayangi.

                                                              X-X-X-X-X-X-X

        Pertama kali aku menjejakkan kaki ke MRSM Pontian, aku berasa sungguh gembira. Melihat bangunan yang besar dan banyak menunjukkan betapa hebatnya MRSM Pontian. Aku bersyukur kerana aku dipilih untuk masuk ke MRSM Pontian. Walaupun usai seminggu pelajar baru masuk ke MRSM Pontian, mereka sudah mempunyai kawan. Jauh berbeza berbanding aku. Aku tidaklah mesra seperti mereka. Disebabkan sikapku yang agak pendiam, aku sering diejek dan dibuli oleh seniorku. Aku sering berdoa agar aku dapat terlepas daripada semua masalah yang menimpaku.

        seperti dalam mimpi jadi kenyataan, sewaktu aku sedang dibuli oleh sekumpulan pelajar senior, seorang  pelajar kelasku datang membantu. Membawa aku pergi jauh dari pelajar senior tersebut. Dalam hati, aku memuji keberaniannya. "Kau ok tak?" tanyanya sebaik tiba di asrama . "Ok ke. Err... nama kau sape?" balasku. Walaupun kami sekelas, namun aku tidak tahu siapakah namanya. "Nama aku Aiman, kau Asrafkan," sejak hari itu dia selalu membantu aku setiap kali aku ditimpa masalah.



Baca lagi...

Masuk tahun kedua aku berada di MRSM Pontian, Aku menjadi peramah dan agak degil. Aiman tetap seperti dulu. Tiada perubahan. Aku semakin selesa berkawan dengannya. Dia selalu menasihati aku apabila aku ada membuat kesilapan. Tapi, aku tidak pernah mendengar nasihatnya. Dia hanya tersenyum apabila aku memarahinya setiap kali dia menasihatiku.



Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani

        Suatu hari, aku mengajaknya berjalan mengelilingi maktab. Dia hanya mengikut tanpa sebarang bantahan. Sambil berjalan, aku membuat lawak, berjalan di tengah jalan dan macam-macam aktiviti yang pelik yang aku buat. "Asyraf janganlah lalu tengah jalan, nanti kalau kena langgar macam mana," nasihat Aiman apabila melihat aku berjalan di tengah-tengah jalan. "Alah Aiman, tak pe lah. Malam-malam macam ni mana ada kenderaan yang datang. Biarlah. Bukan selalu dapat macam ni," bantahku. Aiman hanya mampu tersenyum dan menggelengkan kepala.




         "Asyraf, tepi!" jerit Aiman, serentak dengan jeritan Aiman, stu bunyi dentuman datang dari arah belakang. Aku tidak sedarkan diri. Apabila sedar aku dapat melihat ibu dan ayahku berada di sisi sambil berlinangan air mata. "Kenapa mak menangis. Apa yang dah berlaku?" soalku kepada ibuku. " Kau kena langgar dekat sekolah," jawab ibuku. Tangisannya masih tidak berhenti. Tiba-tiba aku tersentak. Ya Allah! Baru aku teringat. Aiman menolakkku ketepi sewaktu ada kereta yang datang dari arah belakangku. "Mak, abah, Aiman mana?" soalku apabila   aku dapat mengingati kembali akan apa yang telah berlaku. Walaupun aku tidak sedarkan diri, aku dapat mendengar apa yang diperkatakan ketika itu. Ibuku tidak menjawab tetapi hanya menghulurkan sepucuk surat. Perlahan-lahan aku membuka surat tersebut.





Assalamualaikum,
Asyraf mungkin pada ketika kau sedarkan diri, aku sudah tiada lagi disismu. Pergi jauh meninggalkan kau seorang diri. Jangan bersedih di atas pemergianku ini. Di sini aku cuma mahu kau jadi seorang yang berjaya. Dengarlah nasihat orang lain. Janganlah jadi orang yang degil. Aku maafkan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aku harap kau pun boleh maafkan diriku ini. Iringilah jenazahku dengan kalungan doa. Selamat tinggal sahabatku. Hanya kaulah sahabat aku dunia 
dan akhirat.



Tika itu aku rasa seperti mahu menjerit. Namun apakan daya, masa lalu tidak mungkin dapat diulang kembali. Aku begitu menyesal.



                                                 X-X-X-X-X-X-X




"Asyraf, kenapa menangis ni?," soal ibuku. Entah bila ibuku boleh berada disisiku. "Takde apa-apalah mak. Mungkin ada binatang masuk mata kot," jawabku sambil lmengesat air mataku. "Jomlah kita masuk. Dah lewat malam dah ni. Tak baik duduk luar malam-malam," kata ibuku sambil berjalan masuk ke dalam rumah. Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah, aku dapat melihat bayangan Aiman di awangan.


Sungguh tenang aku pada waktu itu. Aku berdoa agar Aiman tenang di sana. Amin.




p/s: Hanya cerita rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.


                                                                                        (Sumber: Masterpiece Mjsc Pontian 2010)

2 comments :

AisYah said...

sape ni wak dang?

Unknown said...

someone that u'll know later...huhuxD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...