Sahabat..

Friday 6 June 2014

Kembali kepada Nya

"mak : Kicik...ooo kicik.... tolong ambilkan mak serai tiga batang kat belakang rumah tuu?.."
"Kicik : Alaa makk,, orang tengah main ps nihh,,suruh kicaaa"
"Kica : Ehhh? aku pulak?..name kau kot mak sebutt bukan akuuu.."
"kicik : alaa makkk,,bagi kite mase dalam 10 minit eaaa?...nanti kita amekkan yeeekk.."

tiba-tiba mak naik angin,,
mak : korangg nii,, kalau dah mengadap game tuu sume tak jalannn! aku suruh pun susahh,, liatt..**mendengus dan terus duduk kat kerusi dapur meja makan."

"Kica : ayukk,,, kicikk,,kau dah wat mak merajukkk.."
"Kicik : Alaa..makkk...yela2 kite amekkan la serai tuuu...meh pisau tu kite amekkann..**smbil tersengeh"

**********************************************

"Kicik : Makkk,,,ni serainye,,kte dah siap potong akar dia,,tinggal nk gune jee..**haha.."
"Mak : hmm..mari,, mak tengokkan..mcmtulaa..lenkali mak suruh datang mintak tolong datanglaa..jangan buat mak tertunggu-tunggu,,kata nk jd anak yang solehh..**sambil tersenyum riang.
"Kicik : hm...baik makk..**terdiam.. terkelu..
"Mak : Mak bukan ape tadi tengking2 korang berdua..**tiba2 kica datang dan masuk ke dapur
".....kat rumah ni,,tinggal korang berdua je yang tinggal..akak2 dengan abang2 kau dah tak duduk sekali,
klau boleh tu,, tolong la buat ape yang patut,, sekarang korang baru tingkatan 3,,ntah2 nanti dapat kputusan yang cemerlang dalam PMR,,dah pindah lagi..tinggal kami berduaa..sape laa lagi yang boleh harapkan selain
daripada korang berdua..korang berdua anak yang last dalam keluarge nii..kalau boleh bagi la sumbangan untuk keluarga kite kelakk...sebenarnye,, mak dah lama nk bgthu pasal ni...."

****suasana tiba-tiba sunyi,,terdengar akan esakan daripada seorang ibu,,menitis air mata mengalir ke pipi membasahi raut wajahnya yang tua itu...lalu menyambung..***

"mak : mak,, teringin sangat nak tengok korang berdua jadi tahfiz,,,paling x pun seorang yang akan membela keluarga ni dengan agama dan pegangan yang ade...mak tak nak kekayaan yang melimpah ruah,,tp cukuplah sekadar menampung kehidupan kat atas dunia ni sebelum mak dengan ayah pergi dahulu...mak nak tengok korang berdua berjaya sebelum menutup mata untuk yang terakhir kalinyaa,,itula yang mak harapkan sebenarnya..sbb tu mak belajar mengaji,, pergi kuliah agama kat masjid, pergi progrm sakinah semata-mata nak ajar korang berdua ilmu2 agama..supaya di hadapan Allah nanti mak tak malu sebab berjaya didik anak mak menjadi seorang insan yang berguna kelak,,yang boleh berbakti kepada keluarga ini, bangsa dan negara..***tangisan seolah-seolah tak berhenti..

Kicik dan Kica turut sama mengalirkan air mata melihatkan ibu mereka berkata sebegitu,,lalu memeluk erat ibu mereka dalam dakapan erat mereka berdua....


**************************selesai*********************************

Itulah cerita disebalik aku yang ada sekarang,,dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung,, aku masih memegang erat akan kata2 mak aku,,selalu terngiang-ngiang dekat telinga aku,,kadang-kadang aku terkelu
sebab apabila memikirkan balik apa yang mak aku harapkan itu dapat aku tunaikan ataupun tidak sebelum mereka menutup mata untuk kali yang terakhir..

Betul kata mak,, dunia luar tak seperti yang aku jangkakan,, sangat jauh berbeza dengan rumah aku sendiri,,
Alhamdulillah, aku masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dengan kurnia yang Engkau berikan ya Allah,,aku bukanlah manusia yang sempurna,, sekadar mendapat ilmu untuk diri sendiri dan berkongsi dengan yang apa yang ada di dalam dada. Betul kata orang,, perjalanan hidup didunia ini penuh dengan ujian,, hanya yang kuat akan terus melawan, yang lemah akan terus tewas. Namun, aku tak mahu tewas sebelum tiba ke penghujung,,aku akan terus berjuang untuk keluarga walaupun aku berada bukan pada landasan harapan orang tua aku. Semua ini adalah ketentuan Ilahi yang sungguh mempunyai hikmah dan rahsia yang tersendiri. Aku bersyukur dengan apa yang Kau kurniakan pada aku Ya Allah.

Aku dah merasa bagaimana perasaan benci, marah, sayang, rindu, iri hati, tanggungjawab. Itu semua urusan Engkau ya Allah supaya aku belajar bagaimana untuk menjadi seorang manusia, seorang khalifah, seorang da'ie, seorang lelaki, seorang pemimpin, seorang sahabat, seorang kawan..Aku tahu yang Engkau hanya akan membebani seseorang hanya dengan kemampuan yang di mampu. Jadi inilah kemampuan aku, disini lah kekuatan aku, kelemahan aku supaya aku belajar dan terus belajar.

"To all dear friends, it may be hard to say, but first and foremost,, I would like to give all of you the best warm hugs to all you..because you, make my cloudy day look sunny and brighter, we had joy, we had fun together..too much I hope from all of you guys..I love all of you till jannah!"

"kepada yang pernah aku tersentuh hatinya, sehingga bergetar hati berkocak rindu di kalbu,,maaf atas kekhilafan aku kerana aku juga jahil kerana terlalu mengikutkan nafsu muda aku,, maaf kiranya aku mencuri ruang, masa, dan ada ketikanya membuatkan kau jauh dari cahaya petunjuk ilahi,, aku cuba untuk memperbaiki diri kearah yang lebih baik,,sama2 dengan bakal zaujah aku kelak...tak kisah la sesiapapun..aku akan mencuba untuk membimbing orang yang aku suka ke arah kebenaran,,doakan aku supaya aku terus tegar berada dijalanNYA"

Nukilan hati seorang syabab,
farhaanbeshaara.

'
'

1 comment :

nesco11 said...

Adha... Hahaa. Haa 😆😆😆

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...